Khamis, Oktober 16, 2014

Sup Ayam Berempah


Selalunya, MM tidak pernah terfikir bahawa membuat sup boleh dicampur dengan rempah, kerana selalunya, MM hanya masak biasa biasa saja. Sup begini memang berkhasiat dan selalunya senang didapati di restoran nasi kandar.  Sedap dimakan dengan cicahan roti benggali gitu.. MM pernah merasainya disatu tempat yang agak popular di Pulau Pinang yang dinamakan Padang Brown dan dari situlah MM mula berfikir.. hmmm... kenapa tidak dibuat sup begini.  Tah angin apa pun tak tahu angin mulalah memasak sup begini apabila terjumpa paket sup yang dijual di pasaraya.. jadi senanglah gitu, tak payah nak mengadunkan rempah ratusnya.  So.. apabila teringin memasaknya boleh saja menggunakan rempah tersebut.  


Rasanya saperti promosilah pulak pada rempah tu, kalau dibayarkan best! hihi.. Malah dalam setiap masakan MM banyak menggunakan jenama itu termasuklah rempah kari ayam, ikan, kurma kerana dirasakan warna dan rempah ratusnya memang sedap apabila digunakan.. kalau nak tahu jenamanya.. ia adalah jenama Babas gitu...


Bahan bahan
10 ketul ayam yang dipotong kecil
2-3 biji ubi kentang (potong 4)
1 batang lobak merah (potong kasar)
1 batang daun sup (hiris halus)
1 batang daun bawang (hiris halus)
sedikit bawang goreng
sedikit garam dan lada putih
3-4 sudu besar minyak
5-6 gelas air/stok ayam

Bahan tumis
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah sup Babas
1/2 inci halia (ditumbuk bersama bawang putih)
rempah serangkai - 3 bunga lawang, bunga cengkih,  3 buah pelaga, 1 inci kayu manis

1.  Panaskan periuk dengan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia berserta dengan rempah serangkai hingga terbit bau.
2. Masukan rempah sup yang dibancuhkan dengan sedikit air, kacau sebentar hingga terbit minyak.
3. Masukan ayam, kacau sebati seketika.
4. Masukan air atau stok ayam, garam dan lada putih, renih hingga mendidih.
5. Masukan ubi kentang, sebelum memasukan lobak merah, renih hingga lembut. Biarkan sup menjadi agak pekat dan tutupkan api.
6. Hidang bersama taburan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...